Saturday, October 1, 2011

Ancaman Sisa Toksik

Pengurusan sisa-sisa toksik yang tidak sistematik akan mengancam kehidupan manusia dan alam sekitar.

Pembuangan sisa toksik yang tidak sistematik akan menyebabkan kesan negatif kepada manusia dan juga alam sekitar
Sektor perindustrian yang tidak bertanggungjawab telah membuang sisa-siasa toksik yang akhirnya akan merugikan negara.

1. Menjejaskan Kesihatan Manusia
Pencemaran air oleh bahan toksik seperti timah hitam dan raksa, pencemaran udara oleh gas karbon monoksida dan gas sulfur dioksida
Pencemaran akan menyebabkan pelbagai jenis penyakit dan alahan seperti batuk kering, radang paru-paru, asma, dan penyakit kulit
Pencemaran juga akan menjejaskan pertumbuhan kanak-kanak
Pencemaran juga boleh merencatkan akal manusia

2. Keracunan Makanan
Makanan dan minuman telah tercemar dengan bahan-bahan toksik
Pencemaran makanan dan minuman boleh menyebabkan sakit perut, cirit birit, muntah-muntah dan pening kepala
Boleh membawa maut sekiranya air dan makanan itu tercemar teruk

3. Pencemaran Alam Sekitar
Air telah dicemari bahan sisa toksid
Udara tercemar dengan gas sulfur dioksida dan gas karbon monoksida yang disebabkan oleh pembakaran bahan yang dihasilkan oleh bahan kimia seperti plastic, polivinil klorida (PVC), dan pakaian
Gas-gas ini apabila bercampur dengan air hujan akan menghasilkan hujan asid

4. Krisis Air dan Tanah
Air yang dicemari sisa toksik tidak sesuai untuk dijadikan air minuman
Tanah yang dicemari oleh sisa toksik tidak subur dan tidak sesuai untuk tanaman membesar
Manusia akan kekurangan sumber minuman bersih dan terpaksa membeli alat untuk menapis air atau membeli air yang dijual untuk dijadikan air minuman seharian

5. Kepupusan Flora dan Fauna
Flora memerlukan persekitaran yang bersih untuk membiak
Sekiranya persekitaran mengandungi sisa toksik yang teruk – Flora akan mati dan seterusnya pupus
Fauna juga memerlukan persekitaran yang bersih – sekiranya kotor fauna akan pupus atau berhijrah ke tempat lain

6. Keseimbangan Ekologi Terganggu
Habitat flora dan fauna terganggu
Kawasan tadahan hujan tercemar – bekalan air bersih untuk dijadikan minuman terjejas
Bahan kimia mengalir ke sungai dan laut – menyebabkan sungai dan laut tercemar
Kepupusan flora boleh menyebabkan suhu bumi meningkat

7. Perkembangan Genetik Manusia Terjejas
Kandungan plumbumn yang tinggi mempengaruhi perkembangan otak kanak-kanak yang sedang membesar
Proses mutasi kromosom boleh berlaku menyebabkan kecacatan bayi yang lahir
Bahan-bahan kimia yang terdapat dalam air dan udara akan menyebabkan pertumbuhan kanak-kanak terjejas.

8. Alahan
Alahan kepada mereka yang sansitif kepada perubahan
Mengalami gatal-gatal kepada kulit, mata menjadi merah

Sisa toksik perlu diurus dengan baik dan sempurna bagi mengelakkan gangguan kepada kelangsungan hidup manusia dan alam sekitar

6 comments:

Followers