Saturday, October 1, 2011

Kepentingan Bioteknologi

Bidang bioteknologi telah berkembang pesat dan memberi banyak sumbangan dalam kehidupan manusia terutamanya di negara-negara maju.

Bidang bioteknologi sedang berkembang pesat di Malaysia
Bidang bioteknologi memberi sumbangan yang besar dalam pelbagai sektor di negara-negara maju

1. Sumbangan dalam Bidang Perubatan
Genetik seseorang dapat diubahsuai
Mengurangkan risiko penyakit mental
Mengelakkan penyakit tertentu seperti kanser dan penyakit kencing manis(diabetes)
Genetik manusia kerdil boleh melahirkan manusia normal
Membantu ibu-ibu yang sukar mengandung

2. Sumbangan dalam Bidang Pertanian
Baka ternakan dan tanaman terbaik dapat dihasilkan
Kaedah kultur tisu dan pengklonan mempercepatkan pembiakan tanaman
Dapat menghasilkan baka padi yang mengeluarkan hasil yang banyak dan cepat matang
Pengklonan haiwan membolehkan pembiakan secara besar-besaran dan mempunyai daya tahan penyakit
Penggunaan hormon membolehkan haiwan cepat membesar dan matang

3. Menjadi Tenaga Alternatif
Pengeluaran biogas daripada selulosa dan bahan buangan pertanian dapat membekalkan tenaga kepada manusia
Dapat mengurangkan kebergantungan kepada bekalan tenaga fosil
Dapat mengurangkan pencemaran alam sekitar

4. Dapat Mengatasi Masalah Pencemaran Alam Sekitar
Alam sekitar yang kotor mengancam kesihatan manusia
Mikrob mampu mempercepatkan pereputan bahan buangan manusia
Mikrob juga mampu menghuraikan najis sepenuhnya
Pencemaran dapat dikurangkan dan manusia serta alam sekitar dalam keadaan baik

5. Dapat Memajukan dalam Industri Pengeluaran Makanan
Ramuan bahan kimia dapat meningkatkan hasil pengeluaran makanan manusia
Menjadikan makanan lebih sedap dan tahan lama
Mikrob dan bakteria digunakan dalam menghasilkan pewarna, pemanis, dan perasa dalam makanan

6. Bidang forensik Prosedur Restriction Fragment Length Polymorphism (RFLP) untuk mendapatkan imej protein yang berlainan dalam DNA seseorang
Dapat mengenalpasti penjenayah melalui tisu dan bendalir badan seperti darah, air mani, dan akar rerambut.

Penyelidikan dan pembangunan bioteknologi sedang giat dijalankan
Usaha ini perlu diteruskan kerana memberi sumbangan yang besar kepada kehidupan manusa dan alam sekitar

No comments:

Post a Comment

Followers