Sunday, November 11, 2012

Kepentingan Pelaburan Asing Kepada Negara

  1. Dapat mempelbagaikan kegiatan ekonomi negara
  2. Pembangunan infrastruktur dalam negara
  3. Menjana pertumbuhan negara ke tahap yang lebih tinggi
  4. Menjadikan sumber manusia negara lebih berdaya saing
  5. Menjadikan imej negara lebih baik
  6. Membawa masuk teknologi
  7. Sistem pengurusan yang lebih moden
  8. Kemasukan tenaga profesional  dan kepakaran
  9. Mengurangkan kadar pengangguran
  10. Meningkatkan pendapatan per kapita penduduk Malaysia
  11. Menambahkan pendapatan negara
  12. Meningkatkan pembangungan infrastruktur
  13. Mengeratkan hubungan kerjasama antara negara
  14. Menjamin kejayaan wawasan negara menjadi sebuah negara maju 

Trend Pelaburan Langsung Asing


Pelaburan asing terus mencakupi kira-kira satu pertiga daripada jumlah pelaburan swasta di Malaysia. Trend pelaburan langsung asing (FDI) kasar kekal stabil sejak tahun 2000 selepas mengalami penyederhanaan sewaktu krisis kewangan Asia. Kestabilan tersebut disebabkan terutamanya oleh syarikat multinasional (MNC) yang terus berkembang dan mempelbagaikan operasi mereka, dan dibiayai terutamanya daripada perolehan yang tidak diagih. Corak aliran FDI juga berubah dengan tumpuan pada sektor perkhidmatan yang mempunyai nilai ditambah yang tinggi berikutan transformasi dalam sektor perkhidmatan, serta mencakupi bahagian KDNK yang lebih besar. Memandangkan sektor perkhidmatan adalah kurang intensif modal, jumlah nilai kasar aliran baru juga adalah lebih kecil tetapi nilai ditambah dan sumbangannya kepada pertumbuhan adalah lebih tinggi.

Kerajaan terus memastikan dasar yang dilaksanakan akan terus menyokong kemasukan pelaburan asing yang baru dan Malaysia terus kekal sebagai destinasi pilihan untuk syarikat yang mencari peluang di rantau Asia. Inisiatif dasar termasuk satu siri Perjanjian Jaminan Pelaburan (IGA), insentif cukai dan bukan cukai, liberalisasi sektor secara Sementara data CBOP tidak merekodkan perolehan yang tidak diagih oleh syarikat asing yang sedia ada di Malaysia (kerana tiada pindahan merentasi sempadan melalui sistem perbankan), ia memberi penunjuk yang baik mengenai trend aliran FDI yang baru. Data berasaskan CBOP adalah lebih terkini masa dengan latihan selama enam minggu.

Trend FDI Terkini di Malaysia
Aliran FDI kasar terus kekal pada tahap yang tinggi, kira-kira RM18 – 20 bilion pada tahun-tahun kebelakangan ini (Graf 1).

Aliran masuk FDI menyumbang kepada penubuhan industri dan produk yang baru, pengenalan proses dan teknologi pengeluaran yang baru, pertumbuhan perkhidmatan sokongan, penyelidikan dan pembangunan serta akses kepada pasaran baru. Aliran FDI selepas tempoh krisis kekal stabil disebabkan MNC yang beroperasi di Malaysia terus melabur semula perolehan yang tidak diagih untuk mengembangkan, mempertingkatkan dan mempelbagaikan pengeluaran mereka walaupun terdapat persaingan yang lebih sengit daripada negara-negara yang mempunyai kos buruh yang rendah di rantau ini. Perolehan yang dilabur semula mencakupi hampir separuh daripada aliran kasar FDI bagi tempoh 1998 hingga 2002 (Graf 2).




Sebagai bahagian daripada KDNK, aliran FDI kasar terus kekal pada 6% pada tahun-tahun selepas krisis, berbanding dengan purata 8% pada pertengahan tahun 1990-an ketika aliran FDI memuncak. Ini adalah disebabkan oleh dua perkembangan yang utama:

• Antara tahun 1990 hingga 2002, pelaburan modal setiap pekerja (CIPE) dalam sektor perkilangan meningkat sebanyak 66%, menunjukkan dengan jelas trend ke arah pelaburan dalam projek bernilai ditambah yang lebih tinggi dan berteknologi tinggi serta pengambilan pekerja yang mempunyai kemahiran yang tinggi. Walau bagaimanapun, tahun-tahun kebelakangan ini (2001 hingga 2003), CIPE dalam sektor perkilangan merosot disebabkan sebahagian besar daripada peningkatan dalam pelaburan adalah terutamanya daripada pengembangan, peningkatan dan pempelbagaian projek yang sedia ada. Pada masa hadapan, pertumbuhanCIPE dijangka dapat dikekalkan berikutan usaha Kerajaan untuk menggalakkan pelaburan dalam sektor baru yang mempunyai pertumbuhan tinggi seperti bioteknologi dan industri berasaskan pertanian.

• Memandangkan sebahagian besar aliran FDI adalah disasarkan pada sektor perkhidmatan yang mempunyai nilai ditambah yang lebih tinggi serta aktiviti berasaskan pengetahuan, aliran masuk FDI bagi setiap pelaburan menjadi lebih rendah. Nilai FDI dalam sektor perkhidmatan memperlihatkan nilai yang lebih kecil dengan kandungan import yang rendah tetapi mempunyai kesan pengganda yang lebih besar ke atas pendapatan dan guna tenaga. FDI dalam sektor perkhidmatan lazimnya termasuk pengenalan teknologi baru dan membawa masuk kemahiran khas yang boleh menyumbang kepada peningkatan produktiviti. Perubahan struktur dalam aliran FDI adalah sejajar dengan transformasi ekonomi Malaysia ke arah menjadikan sektor perkhidmatan sebagai satu lagi enjin pertumbuhan serta peralihan ke arah ekonomi berasaskan pengetahuan.

Perubahan corak aliran FDI
Walau bagaimanapun, ini tidak bermakna trend aliran masuk FDI ke dalam sektor perkilangan menjadi kurang penting. Aliran masuk FDI ke dalam sektor perkilangan masih tinggi, tetapi pertumbuhan pesat aliran masuk yang baru ke dalam sektor-sektor lain menyebabkan bahagiannya secara relatif menurun kepada 38% pada tempoh 1998 hingga 2002, berbanding 66% pada tempoh 1993 hingga 1997 (Graf 3 dan 4).



 Sektor perkhidmatan serta minyak dan gas mengalami peningkatan yang ketara dari segi bahagian dalam aliran FDI, masing-masing mencakupi sebanyak 38% dan 24% pada tempoh 1998 hingga 2002.

FDI dalam sektor perkhidmatan adalah semakin menyeluruh, bukan sahaja merangkumi subsektor perkhidmatan pembiayaan, insurans dan perdagangan tetapi juga subsektor lain yang penting seperti perdagangan borong dan runcit serta perhotelan, pengangkutan dan perhubungan serta utiliti. Dalam sektor kewangan, beberapa bank asing telah menubuhkan operasi perbendaharaan, pejabat sokongan (back-office) dan pemprosesan data di Malaysia bagi menyokong operasi kumpulan mereka di rantau ini. Malaysia telah menjadi tuan rumah kepada beberapa kemudahan serantau syarikat asing dan juga tempatan. Sehingga akhir tahun 2003, Kerajaan meluluskan 1,695 kemudahan serantau kepada syarikat milik asing dan juga tempatan. Daripada jumlah tersebut, 71 adalah ibu pejabat operasi (OHQ), 473 pejabat serantau, 141 pusat pemerolehan antarabangsa (IPC), 1,006 pejabat perwakilan dan 4 pusat pengagihan serantau (RDC).

Dalam sektor teknologi maklumat (IT), pusat IT Malaysia, iaitu Koridor Raya Multimedia (MSC) terus berkembang. Sehingga bulan Februari 2004, terdapat 283 syarikat asing yang beroperasi dalam MSC, mencakupi 29% daripada syarikat bertaraf MSC dengan guna tenaga lebih daripada 20,000 orang pekerja berpengetahuan. Untuk terus menarik lebih banyak penyertaan asing, Multimedia Development Corporation (MDC), iaitu pentadbir MSC, menawarkan pakej insentif kewangan yang menggalakkan. Syarikat-syarikat bertaraf MSC juga diberi keistimewaan dari segi kelonggaran pentadbiran untuk memperoleh modal dan meminjam dana dari seluruh dunia.

FDI Dalam Perspektif Rantau
Di rantau ini, selain Hong Kong China dan Singapura, Malaysia mempunyai kedudukan yang lebih tinggi berbanding dengan kebanyakan ekonomi serantau yang lain dari segi aliran masuk FDI meskipun terdapat kemerosotan dalam aliran FDI ke ekonomi yang sedang giat membangun (Graf 5 & 6). Kehadiran MNC yang tinggi di Malaysia membuktikan kelebihan yang boleh ditawarkan oleh Malaysia dalam pengeluaran global atau rantaian pemasaran. Berdasarkan data Amerika Syarikat, MNC bukan bank Amerika Syarikat mencapai pulangan yang lebih tinggi untuk pelaburan mereka di Malaysia (5.6%), berbanding dengan purata sebanyak 3.5% untuk pelaburan di ekonomi Asia pada tahun 2000.



Laporan Pelaburan Dunia UNCTAD 2003 menyenaraikan Malaysia sebagai salah satu daripada sepuluh ekonomi teratas yang berjaya mengatasi kemerosotan aliran FDI global pada tahun 2002. Di samping itu, Laporan FDI tahun 2003 oleh A.T. Kearney menyatakan Malaysia telah meningkatkan daya tarikan sebagai destinasi FDI, dengan membaiki kedudukannya kepada tempat ke 23 (2002: 42) dalam keseluruhan indeks keyakinan FDI. Secara lebih khusus, Malaysia berada dalam kedudukan sepuluh negara teratas yang mendapat FDI bagi industri utama dan membaiki kedudukannya dalam sektor lain seperti elektronik, perlombongan, petrokimia, batu/gelas dan kimia/plastik serta perundingan.


Dasar FDI
Kekukuhan asas ekonomi Malaysia seperti keterbukaan perdagangan, perlindungan undang-undang hak cipta, kadar cukai yang rendah, komitmen kepada penentuan harga pasaran, tenaga pekerja yang berpendidikan tinggi, sistem kewangan yang cekap dan berpelbagai bagi memperoleh modal jangka panjang, urus tadbir korporat yang mantap, infrastruktur yang maju dan pelbagai insentif cukai terus dianggap sebagai kelebihan yang ada pada Malaysia untuk menarik FDI. Sementara dasar sebelum ini adalah lebih menyeluruh pada asasnya, insentif yang diberi telah dipakej semula dan semakin banyak insentif yang ditawarkan mengikut kehendak pelabur dan industri tertentu. Terdapat tiga falsafah umum yang membentuk dasar yang khusus untuk FDI:

• Insentif cukai dan tanpa cukai untuk menggalakkan industri tertentu;

• Liberalisasi secara berperingkat untuk sektor dari segi kemasukan pasaran, peraturan pengambilan pekerja ekspatriat, pemilikan ekuiti dan pelonggaran peraturan dan pengawalan; dan

• Peningkatan dalam proses pentadbiran dan meminimumkan kos untuk menubuhkan dan menjalankan perniagaan di Malaysia.

Dalam rangka kerja ini, terdapat pelbagai langkah yang khusus, yang ditujukan dan lebih penting lagi, memberi manfaat kepada pelabur. Di samping itu, disebabkan rangka kerja pelaburan tersebut adalah berorientasikan pencapaian dan bukannya berorientasikan insentif,maka insentif tersebut sentiasa diubahsuai bagi memenuhi kehendak pelabur melalui mekanisme yang sedia ada untuk rundingan antara Kerajaan dan MNC. Ini diperakui oleh World Competitiveness Yearbook 2003 yang menempatkan Malaysia sebagai pilihan kedua terbaik di dunia dari segi tanggapan syarikat tentang keupayaan Kerajaan untuk menyesuaikan dasar mengikut perubahan dalam ekonomi. Selain daripada insentif fiskal dan insentif khusus lain, langkah-langkah liberalisasi sektor secara berperingkat menawarkan peluang baru kepada pelabur asing dalam sektor barangan dan perkhidmatan.

Kerajaan telah melaksanakan pendekatan yang menyeluruh untuk mengurangkan kos menjalankan perniagaan serta menggalakkan peningkatan kecekapan dan kemajuan teknologi melalui pakatan strategik dengan pelabur asing dalam sektor ekonomi utama. Kerajaan juga menyedari kepentingan untuk menjalin hubungan yang lebih erat antara perusahaan kecil dan sederhana tempatan (PKS) dengan syarikat milik asing yang besar. Oleh itu, dasar semasa yang menitikberatkan pembangunan sektor PKS yang kukuh dan berdaya maju dilihat sebagai pelengkap kepada usaha menarik FDI. Dengan meluaskan asas industri tempatan, ekonomi akan beroleh keuntungan dengan mengagihkan faedah FDI secara adil. Pada masa yang sama, pelabur asing dapat menikmati barangan dan perkhidmatan berkualiti tinggi yang disediakan oleh ekonomi dalam negeri pada kos yang rendah. Dalam menuju ke hadapan, strategi pertumbuhan yang seimbang yang melibatkan sinergi antara syarikat milik tempatan dan asing akan membolehkan negara ini bertindak secara berkesan terhadap persekitaran global yang semakin kompetitif.

http://www.bnm.gov.my

Sunday, October 23, 2011

Teknologi Hijau Dan Peranan Kerajaan


  • Memperkenalkan pelbagai insentif fiskal sejak tahun 2003 bagi syarikat-syarikat yang menjana elektrik daripada sumber Tenaga Boleh Diperbaharu atau Renewable Energy (RE) dan syarikat-syarikat mengamalkan aktiviti-aktiviti penjimatan tenaga Energy Efficiency (EE) dimana mereka layak diberi Pengecualian Cukai Pelaburan (Investment Tax Allowance) dan Status Perintis (Pioneer Status).

  • Pengecualian duti import dan cukai jualan untuk tempoh setahun bagi mesin, peralatan, material dan alat ganti import yang digunakan secara terus dalam penjanaan tenaga elektrik daripada sumber RE dan dan aktiviti EE.

  • Duti import dan cukai jualan untuk peralatan sistem solar untuk kegunaan pihak ketiga diberi kepada pengimport termasuk penyedia perkhidmatan photovoltaic yang diluluskan oleh ST

  • pengecualian cukai jualan untuk pembelian peralatan sistem pemanas solar daripada pengilang tempatan

  • Pengecualian duti import dan cukai jualan diberi ke atas peralatan EE seperti motor cekap tenaga (high efficiency motors) dan bahan penebat (insulation material) diberi kepada pengimport termasuk agen yang diluluskan oleh ST.

  • Pengecualian cukai jualan diberi kepada pembelian EE consumer goods yang diluluskan oleh ST seperti bahan penebat, peti sejuk domestik, Ballast untuk lampu fluorescent, kipas domestic, lampu dan penyaman udara.

  • Menubuhkan Centre for Education, Training and Research in Renewable Energy and Energy Efficiency (CETREE) oleh Universiti Sains Malaysia. Program-program ini disasarkan kepada golongan profesional, sekolah, institusi pengajian tinggi dan orang awam di Malaysia. Antara program yang telah dilaksanakan oleh CETREE ialah Pameran program Kempen Penjimatan Tenaga & Alam Sekitar dan Kempen Cekap Tenaga di USM, Pertandingan Eureka, Kereta Solar dan Dapur Suria, Karnival Pendidikan Sains dan Teknologi Kebangsaan dan sebagainya. Selain daripada itu, CETREE juga telah membangunkan Modul Tenaga Boleh Diperbaharu dan Kecekapan Tenaga Merentasi Kurikulum Sekolah Rendah di seluruh Malaysia bagi menimbulkan kesedaran murid sekolah di peringkat awal dalam Tenaga Boleh Diperbaharu dan Kecekapan Tenaga.

  • Melaksanakan program Energy Month peringkat Kebangsaan secara tahunan bagi meningkatkan kesedaran mengenai Tenaga Boleh Diperbaharu. Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan semasa program Energy Month adalah mengadakan ceramah-ceramah berkaitan Kecekapan Tenaga, menerbitkan buku panduan Kecekapan Tenaga Di Rumah, menerbitkan siri artikel di surat khabar dan menggunakan media massa untuk menggalakkan amalan Kecekapan Tenaga.

  • Mempromosikan amalan Kecekapan Tenaga di kalangan orang awam dan sektor swasta. Melaksanakan kempen Teknologi Hijau yang akan melibatkan stake-holders yang berkaitan termasuk orang awam dan Kementerian/ Jabatan Kerajaan, badan bukan Kerajaan dan lain-lain agensi yang berkaitan bagi mendidik dan meningkatkan kesedaran dan pengetahuan semua pihak mengenai kepentingan Teknologi Hijau dalam kehidupan kita.

Apakah maksud Teknologi Hijau?

Teknologi hijau adalah aplikasi sains alam sekitar untuk memulihara sumber dan alam semulajadi bagi menangani impak negatif aktiviti manusia. Teknologi Hijau adalah teknologi rendah karbon dan lebih mesra alam berbanding dengan teknologi sedia ada. Apabila kita menggunakan teknologi hijau, kita menggunakan sumber-sumber seperti tenaga, air dan sebagainya secara minimum untuk menghasilkan sesuatu produk. Oleh yang demikian, apa-apa teknologi yang menyumbang kepada pengurangan pelepasan Gas Rumah Hijau atau digunakan untuk membangunkan produk dan perkhidmatan yang menghasilkan pelepasan Gas Rumah Hijau yang tinggi perlu dikurangkan melalui kesedaran pada peringkat permulaannya dan selanjutnya melalui penguatkuasaan. Aplikasi Teknologi Hijau juga adalah selaras dengan konsep pembangunan mapan (sustainable development) di mana pembangunan yang dilaksanakan perlu memenuhi keperluan semasa tanpa menjejaskan keperluan generasi masa depan. Sehubungan itu, kita bertanggungjawab untuk memastikan generasi akan datang dapat sekurang-kurangnya menikmati kualiti kehidupan yang kita perolehi sekarang atau kualiti yang lebih baik dari sekarang.


Y. Bhg. Dato’ Dr Halim Bin Man
Ketua Setiausaha Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air

Saturday, October 22, 2011

Green Technology..what it is?

The term "technology" refers to the application of knowledge for practical purposes.

The field of "green technology" encompasses a continuously evolving group of methods and materials, from techniques for generating energy to non-toxic cleaning products.

The present expectation is that this field will bring innovation and changes in daily life of similar magnitude to the "information technology" explosion over the last two decades. In these early stages, it is impossible to predict what "green technology" may eventually encompass.

The goals that inform developments in this rapidly growing field include:


  • Sustainability - meeting the needs of society in ways that can continue indefinitely into the future without damaging or depleting natural resources. In short, meeting present needs without compromising the ability of future generations to meet their own needs.


  • "Cradle to cradle" design - ending the "cradle to grave" cycle of manufactured products, by creating products that can be fully reclaimed or re-used.


  • Source reduction - reducing waste and pollution by changing patterns of production and consumption.


  • Innovation - developing alternatives to technologies - whether fossil fuel or chemical intensive agriculture - that have been demonstrated to damage health and the environment.


  • Viability - creating a center of economic activity around technologies and products that benefit the environment, speeding their implementation and creating new careers that truly protect the planet.

Examples of green technology subject areas



  • Energy Perhaps - the most urgent issue for green technology, this includes the development of alternative fuels, new means of generating energy and energy efficiency.


  • Green building - Green building encompasses everything from the choice of building materials to where a building is located.


  • Environmentally - preferred purchasing. This government innovation involves the search for products whose contents and methods of production have the smallest possible impact on the environment, and mandates that these be the preferred products for government purchasing.


  • Green chemistry - The invention, design and application of chemical products and processes to reduce or to eliminate the use and generation of hazardous substances.


  • Green nanotechnology - Nanotechnology involves the manipulation of materials at the scale of the nanometer, one billionth of a meter. Some scientists believe that mastery of this subject is forthcoming that will transform the way that everything in the world is manufactured. "Green nanotechnology" is the application of green chemistry and green engineering principles to this field.
http://www.green-technology.org/what.htm

Saturday, October 8, 2011

SOALAN PERCUBAAN NEGERI 2011 : Laras Sains

JOHOR

Belakangan ini kes tanah runtuh menjadi polemik kerana kadarnya semakin meningkat. Ternyata tragedi ini membawa impak kepada hidupan keseluruhannya. Bincangkan.

Teknologi berkonsepkan halal-bio boleh menjamin tahap kesihatan manusia. Ulaskan.


NEGERI SEMBILAN

Terumbu karang cukup penting dalam biodiversiti alam dan kehidupan manusia.Namun belakangan ini terumbu karang semakin hari semakin pupus .Bincangkan.

Penyakit mental semakin hari semakin meningkat di negara kita. Pelbagai usaha perlu diambil agar penyakit ini dapat dibendung dengan segera. Bincangkan penyataan di atas.


KEDAH

Bunyi yang tidak disukai akan memberi ketidakselesaan kepada manusia. Bunyi tersebut tidak memberikan apa-apa informasi dan kekuatarinya sering berubah secara mendadak dari semasa ke semasa. Bincangkan faktor-faktor pencemaran bunyi dan kesannya kepada manusia

Teknologi Hijau ialah pengaplikasian penggunaan sains alam sekitar untuk memelihara sumber dan alam sekitar semula jadi serta mengawal kesan negatif aktiviti manusia. Bincangkan kepentingan teknologi hijau kepada manusia.


MELAKA

Virus yang terdapat pada haiwan bukan sahaja menyebabkan penularan wabak penyakit, malahan menyebabkan kematian ke atas manusia. Pelbagai langkah perlu diambil untuk menghindarkan penularan wabak tersebut. Bincangkan.

Teknologi robotik membawa banyak kesan positif kepada pembangunan negara. Namun demikian penggunaannya perlu dikawal untuk menghindari kesan negatif. Bincangkan.


PAHANG

Pengurusan sisa pepejal yang baik bukan sahaja dapat mewujudkan alam sekitar yang bersih tetapi mempunyai pelbagai manfaat lain. Bincangkan pemyataan di atas.

Tenaga nuklear merupakan sumber yang banyak membantu kehidupan manusia. Namun,sumber ini juga membawa pelbagai kesan sampingan.Bincangkan.


PULAU PINANG ( SMK JIT SIN )

Wabak penyakit berjangkit bawaan media air semakin serius kerana punca-puncatertentu. Dengan itu, langkah-langkah pencegahan perlu diambil pada kadar segerauntuk menangani ancaman penyakit tersebut terhadap kesihatan manusia. Huraikan penyataan di atas.

Masalah pemanasan global dan kepupusan sumber tenaga asli telah mendorongpara saintis seluruh dunia mempergiatkan usaha menyelidik dan menghasilkanteknologi hijau. Dalam konteks ini, karajaan Malaysia turut melancarkan DasarTeknologi Hijau Nasional. Pada pendapat anda, apakah nilai tambah teknologi ini terhadap kelestarian hidup alam sekitar dan manusia?


SABAH

Pembudayaan teknologi hijau di Malaysia amat penting untuk kelestarian hidupan. Jelaskan.

Hipertensi, diabetis dan lemah jantung antara penyakit paling umum dihidapi ramai. Kebimbangan terhadap pembunuh senyap ini dipengaruhi oleh beberapa faktor. Justeru, penyakit yang menyebabkan kesengsaraan hidup dan meragut nyawa itu harus dicegah. Bincangkan.


SELANGOR

Pengurusan sisa-sisa toksik yang tidak sistematik akan mengancam kehidupan manusia dan alam sekitar.Huraikan.

Bidang bioteknologi telah berkembang pesat dan memberi banyak sumbangan dalam kehidupan manusia terutamanya di negara-negara maju. Huraikan penyataan di atas.


TERENGGANU


Pelbagai faktor dikenal pasti menyebabkan berlaku kesan rumah hijau. Fenomena ini telah menimbulkan pelbagai kesan kepada alam sekitar. Bincangkan.

Kementerian Pelajaran telah mengenal pasti masalah pemakanan dalam golongan kanak-kanak merupakan punca kanak-kanak mengalami masalah obesiti. Selain faktor di atas, bincangkan faktor-faktor lain yang menyebabkan berlaku masalahberkenaan.


SOALAN PERCUBAAN NEGERI 2011 : Laras Sastera



JOHOR


Konsep Bandar Selamat diwujudkan di kawasan petempatan bagi menjamin kesejahteraan komuniti setempat. Bincangkan.


Transformasi dalam bidang sukan boleh dilaksanakan menerusi Dasar' 1 Murid 1 Sukan. Namun begitu, pelbagai cabaran terus melanda industri ini. Bincangkan.


NEGERI SEMBILAN


Pengenalan kepada "Kempen Belilah Barangan Buatan Malaysia" adalah usaha kerajaan untuk menggalakkan rakyat membeli barangan keluaran tempatan. Namun begitu,usaha ini banyak menghadapi cabaran dalam pelaksanaannya,Jelaskan pernyataan ini.


Bencana alam membawa kesan yang berpanjangan kepada mangsa. Menjadi tanggungjawab negara-negara lain untuk menghulurkan bantuan kepada mangsa bencana alam tersebut. Bincangkan kesan bencana ini kepada mangsa serta jenis bantuan yang diperlukan.


KEDAH


Pulau Pinang semakin popular selepas Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO) mengiktiraf Georgetown sebagai Tapak Warisan Dunia pada 7 Julai 2008. Jelaskan kepentingan pengiktirafan ini dan langkah-langkah untuk mempopularkan Tapak Warisan Dunia yang terdapat di Malaysia.


Kegiatan merempit hangat diperkatakan melalui media massa sama ada media cetak ataupun media elektronik. Walaupun kadang kala kegiatan ini berakhir dengan tragedi, namun masih ramai lagi yang tidak serik-serik untuk melakukan aktiviti tersebut. Bincangkan faktor-faktor yang menyebabkan gejala ini berleluasa dan langkah-langkah menanganinya.


MELAKA


Selain pembentukan rukun negara sebagai satu cara untuk menyatupadukan masyarakat majmuk di negara ini, perpaduan kaum di negara ini boleh dicapai oleh pelbagai kaedah lain. Huraikan penyataan ini.


Mutakhir ini bencana alam merupakan fenomena yang sering melanda di beberapa buah negara. Bincangkan jenis bantuan kemanusiaan yang wajar diberi untuk meringankan kesengsaraan mangsa bencana alam.


PAHANG


Dasar Teknologi Hijau merupakan satu transformasi ke arah pembangunan lestari yang memerlukan komitmen semua pihak. Bincangkan potensi dan cabaran yang perlu dihadapi dalam merealisasikan Dasar Teknologi Hijau.


Isu pekerja asing bukanlah perkara baru di negara kita. Kemasukan mereka disebabkan oleh faktor tarikan ke negara ini dan situasi yang berlaku di negara asal mereka. Bincangkan penyataan di atas.


PULAU PINANG ( SMK JIT SIN )


Pada era ledakan maklumat ini, laman web sosial sudah menjadi satu keperluanpenting dalam kehidupan manusia tidak kira usia dan latar belakang pendidikanmahupun pekerjaan. Namun begitu, ketagihan dan penyalahgunaan laman web sosialturut menceralukan kehidupan manusia. Bincangkan.


Salah satu jenayah serius antarabangsa ialah jenayah pemerdagangan manusia.Golongan manusia yang miskin dan lemah dieksploitasi oleh golongan tamak dansindiket jenayah. Bincangkan implikasi yang didatangkan oleh jenayah ini serta cadangkan langkah-langkah mengatasinya.


SABAH


Antara tujuan kerajaan menjadikan Malaysia sebagai sebuah pusat atau hub produk halal ialah membantu memacu pertumbuhan ekonomi negara. Jelaskan pernyataan tersebut.


Kewujudan laman sosial seperti “facebook”, “twitter” dan blog sebagai medium komunikasi telah membolehkan masyarakat menghantar dan menerima maklumat dengan cepat. Namun, kemudahan ini telah disalahgunakan oleh pelbagai pihak. Bincangkan.


SELANGOR


Dalam proses pembangunan negara, kita banyak mengorbankan warisan tradisi dan nilai kemanusiaan. Jelaskan.


Salah satu kesan aktiviti pemerdagangan manusia adalah mencemarkan imej negara di mata dunia. Pelbagai usaha perlu dijalankan untuk mengurangkan masalah tersebut. Bincangkan.


TERENGGANU


Walaupun wujud pelbagai cabaran, namun usaha terus dilakukan oleh kerajaan untuk memajukan sektor pelancongan negara Jelaskan penyataan ini


"Kumpulan masyarakat yang dikenali sebagai Orang Kelainan Upaya (OKU) merupakan sebahagian daripada kehidupan masyarakat normal. Bincangkan implikasi peningkatan kumpulan OKU ini.

Followers