Saturday, October 1, 2011

Pembangunan, Warisan Tradisi dan Nilai Kemanusiaan

Dalam proses pembangunan negara, kita banyak mengorbankan warisan tradisi dan nilai kemanusiaan.




  1. Kemusnahan Khazanah Hutan
    Hutan merupakan habitat terbesar flora dan fauna
    Hutan merupakan sumber ubat-ubatan dan makanan
    Hutan merupakan kawasan tadahan hujan dan membekalkan sumber air bersih
    Hutan mempunyai khazanah alam yang menjadi bahan kajian dan penyelidikan pelbagai spesies
    Pembangunan akan merosakkan dan menghilangkan identiti hutan sebagai khazanah pelbagai spesies


  2. Kepincangan Nilai dan Adat Tempatan
    Pembangunan mengubah cara hidup masyarakat
    Perkembangan teknologi maklumat mempengaruhi minda dan tingkah laku masyarakat – mementingkan budaya hedonisme
    Hilang jati diri, semangat patriotisme, lupa akan nilai dan adat tradisional, tidak menghormati orang tua
    Bersikap individualistik dan materialistik – pergaulan berasaskan status atau taraf hidup


  3. Amalan Budaya Tradisional Dipinggirkan
    Perkembangan budaya moden mula melenyapkan amalan budaya tradisi
    Nilai estetika dalam permainan dan budaya tradisional mula dilupakan dan hanya dimainkan dalam majlis rasmi atau pertunjukan amal
    Generasi muda tidak kenal permainan dan kebudayaan tradisional – akan pupus jika tiada unsur memelihara dan mempraktikkan di sekolah seperti permainan gasing, wau, guli dan lain-lain


  4. Kehilangan Warisan Sejarah
    Monumen dan bahan tinggalan sejarah musnah kerana pembangunan – bangunan lama dirobohkan untuk dibangunkan seperti Penjara Pudu
    Kesan pensejarahan akan pupus – bahan rujukan dan panduan masyarakat tentang budaya hidup zaman lampau musnah
    Generasi baharu tidak dapat menghayati nilai sejarah berdasarkan bahan peninggalan sejarah yang telah musnah


  5. Amalan dan Nilai Kejiranan Terjelas
    Perkembangan teknologi mengubah corak dan gaya hidup masyarakat moden
    Bersikap individualistik dan materialistik – sibuk bekerja setiap masa
    Hilang semangat kejiranan – seperti bersatu padu, tolong menolong, bertegur sapa – hilang budaya berjiran
    Masyarakat kurang berinteraksi dengan jiran, tidak mengenali jiran dan tidak mengambil berat siapa jiran mereka.


  6. Perubahan Bentuk Asuhan dan Didikan Keluarga
    Pembangunan menyebabkan ibu bapa mengubah cara mnendidik anak-anak
    Perkembangan teknologi memberi peluang ibu bapa dan anak-anak berkomunikasi secara talian – kerana sibuk bekerja
    Hilang suasana kekeluargaan, tidak wujud keharmonian, kurang kasih sayang kerana tiada sentuhan dari ibu bapa
    Corak dan amalan institusi kekeluargaan tergugut


  7. Pencemaran Bahasa
    Terdedah kepada bahasa pasar sehingga menggugat penggunaan Bahasa Kebangsaan
    Merosakkan struktur ayat, ejaan lebih kepada bahasa rojak
    Penggunaan bahasa slaga dan bahasa pasar dalam pertuturan seharian
    Penggunaan ejaan yang salah dalam sistem pesaran ringkas menyebabkan berlaku pencemaran bahasa dalam penulisan.

No comments:

Post a Comment

Followers