Tuesday, May 31, 2011

Tenaga Hidroelektrik

Tenaga hidroelektrik merupakan salah satu tenaga alternatif yang popular di negara-negara membangun. Tenaga ini dapat dijalankan di negara membangun kerana adanya sungai yang mempunyai aliran deras. Aliran sungai yang deras seperti air terjun membolehkan tenaga elektrik yang tinggi dihasilkan, misalnya di Malaysia yang mempunyai banyak empangan hdroelektrik seperti di Empangan Bakun, Sarawak. Hal ini demikian kerana aliran air yang jatuh dari puncak air terjun membolehkan turbin digerakkan dan seterusnya menyebabkan generator elektrik menghasilkan tenaga elektrik.

Bukan itu sahaja, isipadu air yang tetap dan banyak juga penting untuk penjanaan tenaga hidroelektrik. Isipadu air sungai yang sedikit menyukarkan turbin digerakkan dan secara tidak langsung menyebabkan tenaga elektrik yang terhasil adalah sedikit. Selain itu, tenaga hidroelektrik merupakan tenaga komersial yang keempat terbesar di peringkat global selepas minyak, arang batu dan gas. Dalam hal ini, dapat dilihat bahawa tenaga alternatif seperti tenaga hidroelektrik kini telah menjadi penting kepada penduduk dunia untuk membekalkan sumber elektrik.


Tenaga hidroelektrik juga menjadi komersial kerana tenaga ini bersih dan tidak mencemarkan udara. Penghasilan tenaga ini tidak membebaskan gas karbon dioksidayang mampu mencemarkan kandungan udara danbahan radio aktif atau bahan kimia lainyang boleh mencemarkan sungai. Hal ini berbeza dengan tenaga konvensional sepertipetroleum yang mampu mencemarkan kandungan udara sekeliling ketika penghasilanminyak. Tenaga hidroelektrik juga telah menjadi komersial kerana tenaga ini selamatdigunakan dan sangat efisien kepada pengguna.

Di samping itu, tenaga hidroelektrik banyak dijana di negara-negara membangunkerana kebanyakan sungai di negara ini sentiasa mengalir sepanjang tahun. Hal inimembolehkan tenaga elektrik sentiasa dapat dijana setiap masa. Tenaga hidroelektriksukar dijana jika aliran sungai tidak berlaku sepanjang tahun. Selain itu, negara-negara membangun juga memiliki banyak tempat strategik untuk membina empanganhidroelektrik. Hal ini membolehkan tenaga hidroelektrik banyak dijana di negaratersebut. India merupakan salah satu negara yang banyak menjana tenaga hidroelektrik.


Tambahan lagi, tenaga hidroelektrik juga amat murah untuk dijanakan. Olehsebab itu. negara-negara membangun banyak menjana tenaga ini kerana hal inibersesuaian dengan keadaan kevvangan negara membangun yang masih belum begitukukuh. Sebaliknya. penjanaan hidroelektrik ini mampu memberikan pulangan yang agaklumayan kerana tenaga ini merupakan salah satu tenaga yang komersial di dunia

Tenaga Nuklear di Malaysia. Tenaga Alternatif 2021

(by Staff Berita Semasa on May 5, 2010)


Jikalau sebelum ini ada ura-ura yang mengatakan kerajaan Malaysia berminat untuk membina loji tenaga nuklear selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib melakukan kunjungan hormat ke negara Jepun dan melihat sendiri teknologi tenaga nuklear yang dilihat sebagai tenaga alternatif terbaik bagi mereka. Kejayaan dan pandangan positif terhadap nuklear yang diaplikasikan oleh Jepun, telah menjadi contoh kepada negara lain khususnya di Asia Pasifik.


Jikalau di Jepun, terdapat 55 buah loji tenaga nuklear di Jepun yang bertanggungjawab menyalurkan tenaga 49,467 megawatts (MW) kepada keperluan domestiknya. Kejayaan Jepun dan China telah mempengaruhi negara-negara di rantau berkenaan memiliki sumber nuklear seperti Korea Utara (enam loji), Korea Selatan (18 loji), Taiwan (lapan loji) dan China (40 loji).


Terbaru, Kerajaan Malaysia telah meluluskan usul untuk membina loji tenaga nuklear yang bakal beroperasi mulai 2021. Malaysia merupakan negara pertama di Asia Tenggara yang mengumumkan pembinaan loji tenaga nuklear. Sehingga ke hari ini, Malaysia bergantung pada bahan bakar fosil serta tenaga hidro untuk menjana elektrik. Namun, dengan harga minyak yang semakin meningkat serta bekalan minyak dan gas asli yang terhad, kerajaan Malaysia terpaksa mencari alternatif lain bagi memenuhi permintaan tenaganya.

RAMAI SYOR GUNA SURIA TENAGA ALTERNATIF

( Oleh Zanariah Abd Mutalibzanariah@bharian.com.my 22/05/2010)
Semua opsyen jana elektrik akan diterokai




KUALA LUMPUR: Sebanyak 59 peratus daripada 2,051 responden mahu kerajaan menjadikan tenaga suria sebagai sumber tenaga alternatif, berbanding 23 peratus memilih tenaga nuklear. Datuk Seri Najib Razak berkata, 1,207 atau 59 peratus responden memberi maklum balas menyokong penggunaan tenaga suria, diikuti tenaga nuklear sebanyak 23 peratus atau 467 orang, tenaga biojisim 12 peratus (261) dan tenaga angin enam peratus (116). Tinjauan itu dilakukan di laman blog Perdana Menteri www.1Malaysia.com.my selama dua minggu bermula 3 Mei lalu berhubung opsyen tenaga boleh diperbaharui.

Bagaimanapun, Najib berkata, tenaga nuklear lebih popular di kalangan pembaca dengan dua pertiga daripada mereka memberikan komen yang lebih kurang seimbang sama ada menyokong atau menentang, diikuti tenaga suria, biojisim dan angin.

“Semua ini pada saya menandakan bahawa terdapat perasaan yang bercampur aduk untuk memilih sumber tenaga yang terbaik dan ia juga mengesahkan bahawa kita masih perlu mendalami lagi perkara ini sebelum membuat apa-apa keputusan tentang tenaga nuklear.“Semua opsyen untuk menjana elektrik angin akan diterokai baik daripada tenaga biojisim mahu pun tenaga angin,” kata beliau dalam laman blognya.

Najib berkata, satu Rang Undang-Undang Tenaga Boleh Diperbaharui kini sedang digubal oleh Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air untuk dibentangkan di Parlimen tahun ini. “Jika dapatan kita betul, sekurang-kurangnya 52,000 pekerjaan dapat diwujudkan dan pelbagai jenis perniagaan yang dianggarkan bernilai RM70 bilion dapat dijana daripada sektor tenaga boleh diperbaharui ini menjelang 2020, menurut kata pakar,” katanya.

Najib juga berharap, rakyat akan terus memberikan maklum balas berhubung sumber tenaga alternatif negara, termasuk berkongsi pertanyaan dan kebimbangan bersama beliau dan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui.“Masa depan tenaga kita adalah satu perdebatan yang penting dan dengan bantuan anda, saya yakin kita mampu membina Malaysia yang lebih bersih dan hijau,” katanya

SUMBER TENAGA ALTERNATIF : PEMANGKIN PEMBANGUNAN MASA DEPAN

( Oleh : Lim Hong Woo, UK )


Dalam langkah Malaysia ke arah mencapai Wawasan 2020, pelbagai program pembangunan semakin pesat dilaksanakan oleh pihak kerajaan hari ini. Tidak kurang juga, pelbagai pelan pembangunan negara sedang dirangka demi untuk membina infrastuktur bagi membolehkan negara mencapai status Negara Moden Kelas Pertama menjelang tahun 2020. Setiap rakyat Malaysia sebenarnya adalah agen dalam proses pembangunan ini. Setiap individu memainkan peranan tersendiri dalam menggerakkan jentera ekonomi negara, justeru secara langsung ataupun tidak langsung, menggerakkan jentera Wawasan 2020.


Untuk negara kita mencapai wawasan ini, negara memerlukan sumber dan bekalan tenaga bahan api yang stabil bagi menggerakkan semua jentera dan mekanisma pembangunannya. Kita perlu memberikan penelitian kepada implikasi akibat daripada perggantungan berlebihan negara kepada bahan api asas seperti minyak dan arang batu sebagai sumber tenaga bahan api.
Permintaan minyak dan arang batu di pasaran dunia pada hari ini berada di tahap yang tinggi. Boleh dikatakan setiap tamadun masyarakat moden dan ekonomi dunia bergantung kepada bahan api ini untuk terus bergerak. Sementara itu pula, bekalan minyak dunia pada hari ini kelihatan tidak begitu cukup untuk menampung permintaan. Fenomena ini dapat dilihat dengan jelas pada kadar lonjakan harga petroleum mentah di pasaran dunia hari ini. Minyak telah menjadi satu komoditi yang begitu penting, sehingga kuasa-kuasa besar dunia sanggup menggerakkan jentera perang mereka, menggadai nyawa berpuluhan ribu manusia hanya untuk memonopoli bekalan dan pasaran minyak.


Dapat juga diandaikan di sini bahawa untuk masa hadapan, permintaan dunia untuk bahan api ini akan terus melonjak dan akan memuncak ke satu tahap drastik apabila permintaan akan jauh melebihi kemampuan bekalan. Apabila ini berlaku, jentera-jentera industri dunia yang bergantung pada sumber bahan api ini akan terpaksa menampung kos operasi yang lebih tinggi. Akibatnya mereka akan terpaksa mengurangkan operasi mereka dan mungkin juga akhirnya akan terpaksa terus memberhentikan operasi mereka.


Untuk negara kita menghindari daripada kemelut krisis ini, kita perlulah bersikap proaktif dalam mencari sumber tenaga alternatif. Tenaga alternatif adalah bermakna tenaga yang terjana daripada sumber bukan berasaskan bahan api asli seperti petroleum ataupun arang batu. Lazimnya, tenaga alternatif adalah merupakan tenaga daripada unsur-unsur seperti, tenaga angin, tenaga hidro, tenaga solar dan juga tenaga nuklear.


Di sesetengah negara Eropah, Amerika dan Asia, tenaga alternatif ini, walaupun jumlah penjanaannya masih belum pesat diperkembangkan, telah lama menjadi sumber tenaga yang menjana sesetengah jentera masyarakat dan pembangunan industri mereka. Di Amerika Utara umpamanya, dapat dilihat struktur kipas-kipas gergasi didirikan begitu banyak di kawasan tanah tinggi yang luas terbuka agar dapat digerakkan oleh tenaga angin. Pusingan kipas ini akan menggerakan dinamo-dinamo kipas gergasi tersebut. Sumber tenaga ini adalah percuma dan bekalannya juga adalah boleh dikira tidak terhad.


Penggunaan tenaga solar (matahari) juga digunakan secara meluas di Malaysia. Mungkin tidak ramai yang mengetahui fakta ini, akan tetapi rekaan panel solar untuk alat pemanas air solar yang boleh dikira mempunyai ciri-ciri rekaan terbaik yang telah banyak diguna pakai oleh syarikat-syarikat Barat adalah hasil ciptaan sebuah syarikat tempatan Malaysia. Bagi sesetengah rumah persendirian di negara Barat, 70% daripada bekalan tenaga elektrik keperluan harian adalah elektrik yang dihasilkan daripada tenaga solar.


Semenjak dari tahun 70-an lagi Malaysia telah pun mempelopori bidang teknologi tenaga hidroelektrik. Beberapa projek hidroelektrik telah pun lama beroperasi. Projek gergasi hidroelektrik Bakun dijangka apabila beroperasi sepenuhnya kelak akan dapat menjana tenaga elektrik yang murah, bersih dan efisyen kepada seluruh negara. Negara juga akan mampu menjana sumber pendapatan kewangan baru dengan menjual tenaga elektrik lebihan kepada negara-negara jiran.


Negara matahari terbit Jepun adalah salah sebuah negara dunia yang mempunyai sistem pemantauan yang termoden di dalam prosedur pengendalian reaktor-reaktor nuklearnya. Hasil daripada penggunaan tenaga nuklear, kos elektrik adalah sangat murah dan bekalannya pula sentiasa dapat memenuhi permintaan masyarakat dan industri. Hal ini bermakna bebanan kos operasi pembikinan sesuatu produk atau perkhidmatan akan dapat dikurangkan dan ini akan menaikkan taraf daya saing ekonomi bagi sesebuah negara. Hari ini negara Jepun yang serba moden telah bangkit sebagai kuasa besar ketiga ekonomi dunia.


Menjana kuasa elektrik dengan menggunakan sumber tenaga nuklear adalah sesuatu yang patut diberikan penekanan dan penelitian yang lebih mendalam dalam usaha kita untuk mengurangkan pergantungan negara kepada bahan api asas seperti minyak dan arang batu.
Dalam usaha negara ke arah Wawasan 2020, Wawasan 2057 dan seterusnya, kita tidak boleh dibebani dengan masalah yang bersangkutan dengan krisis bekalan tenaga bahan api. Oleh itu, dalam hal ini kita perlulah bersikap proaktif daripada hari ini lagi demi untuk kestabilan masa depan kita.

Sunday, May 22, 2011

NILAI-NILAI DALAM 1MALAYSIA

Lapan nilai ke arah 1Malaysia:


  1. Budaya Kecemerlangan - Persepsi kental, berwibawa menjulang nama menuju puncak jaya.

  2. Rendah Hati - Tawaduk, hormat, berhemah bercirikan kekuatan peribadi.

  3. Ketabahan - Cekal disisip keyakinan menanggung risiko, kreatif, sedia mengharung kesukaran menuju kejayaan cemerlang.

  4. Penerimaan - Rela dengan minda terbuka, mengakui kenyataan, merentasi smua garisan pemisah bangsa etnik.

  5. Kesetiaan - Akur, patuh, membina tunggak kejayan secara gandingan bersama.

  6. Meritokrasi - Setanding, unggul, menonjol, mencabar, ketrampilan mencakupi segala faktor terbaik

  7. Pendidikan - Membaca,landasan menyatupadukan holistik, titik persamaan, membuka minda menjulang martabat negara.

  8. Integriti - Dihormati, wibawa, jati diri, akui kesilapan, membaikinya, jadi panduan, jujur, bercakap benar, tepati janji.

Followers