- Dapat mempelbagaikan kegiatan ekonomi negara
- Pembangunan infrastruktur dalam negara
- Menjana pertumbuhan negara ke tahap yang lebih tinggi
- Menjadikan sumber manusia negara lebih berdaya saing
- Menjadikan imej negara lebih baik
- Membawa masuk teknologi
- Sistem pengurusan yang lebih moden
- Kemasukan tenaga profesional dan kepakaran
- Mengurangkan kadar pengangguran
- Meningkatkan pendapatan per kapita penduduk Malaysia
- Menambahkan pendapatan negara
- Meningkatkan pembangungan infrastruktur
- Mengeratkan hubungan kerjasama antara negara
- Menjamin kejayaan wawasan negara menjadi sebuah negara maju
Cikgu Joy @ Pengajian Am 2
Knowledge is not what you can remember, but what you cannot forget.Teachers open the door, but you enter by yourself.Be a lifelong student.The more you learn ,the more you earn and more self confidence you will have.
Sunday, November 11, 2012
Kepentingan Pelaburan Asing Kepada Negara
Trend Pelaburan Langsung Asing
Dasar FDI
Kekukuhan asas ekonomi Malaysia seperti keterbukaan perdagangan, perlindungan undang-undang hak cipta, kadar cukai yang rendah, komitmen kepada penentuan harga pasaran, tenaga pekerja yang berpendidikan tinggi, sistem kewangan yang cekap dan berpelbagai bagi memperoleh modal jangka panjang, urus tadbir korporat yang mantap, infrastruktur yang maju dan pelbagai insentif cukai terus dianggap sebagai kelebihan yang ada pada Malaysia untuk menarik FDI. Sementara dasar sebelum ini adalah lebih menyeluruh pada asasnya, insentif yang diberi telah dipakej semula dan semakin banyak insentif yang ditawarkan mengikut kehendak pelabur dan industri tertentu. Terdapat tiga falsafah umum yang membentuk dasar yang khusus untuk FDI:
• Insentif cukai dan tanpa cukai untuk menggalakkan industri tertentu;
• Liberalisasi secara berperingkat untuk sektor dari segi kemasukan pasaran, peraturan pengambilan pekerja ekspatriat, pemilikan ekuiti dan pelonggaran peraturan dan pengawalan; dan
• Peningkatan dalam proses pentadbiran dan meminimumkan kos untuk menubuhkan dan menjalankan perniagaan di Malaysia.
http://www.bnm.gov.my
Sunday, October 23, 2011
Teknologi Hijau Dan Peranan Kerajaan
- Memperkenalkan pelbagai insentif fiskal sejak tahun 2003 bagi syarikat-syarikat yang menjana elektrik daripada sumber Tenaga Boleh Diperbaharu atau Renewable Energy (RE) dan syarikat-syarikat mengamalkan aktiviti-aktiviti penjimatan tenaga Energy Efficiency (EE) dimana mereka layak diberi Pengecualian Cukai Pelaburan (Investment Tax Allowance) dan Status Perintis (Pioneer Status).
- Pengecualian duti import dan cukai jualan untuk tempoh setahun bagi mesin, peralatan, material dan alat ganti import yang digunakan secara terus dalam penjanaan tenaga elektrik daripada sumber RE dan dan aktiviti EE.
- Duti import dan cukai jualan untuk peralatan sistem solar untuk kegunaan pihak ketiga diberi kepada pengimport termasuk penyedia perkhidmatan photovoltaic yang diluluskan oleh ST
- pengecualian cukai jualan untuk pembelian peralatan sistem pemanas solar daripada pengilang tempatan
- Pengecualian duti import dan cukai jualan diberi ke atas peralatan EE seperti motor cekap tenaga (high efficiency motors) dan bahan penebat (insulation material) diberi kepada pengimport termasuk agen yang diluluskan oleh ST.
- Pengecualian cukai jualan diberi kepada pembelian EE consumer goods yang diluluskan oleh ST seperti bahan penebat, peti sejuk domestik, Ballast untuk lampu fluorescent, kipas domestic, lampu dan penyaman udara.
- Menubuhkan Centre for Education, Training and Research in Renewable Energy and Energy Efficiency (CETREE) oleh Universiti Sains Malaysia. Program-program ini disasarkan kepada golongan profesional, sekolah, institusi pengajian tinggi dan orang awam di Malaysia. Antara program yang telah dilaksanakan oleh CETREE ialah Pameran program Kempen Penjimatan Tenaga & Alam Sekitar dan Kempen Cekap Tenaga di USM, Pertandingan Eureka, Kereta Solar dan Dapur Suria, Karnival Pendidikan Sains dan Teknologi Kebangsaan dan sebagainya. Selain daripada itu, CETREE juga telah membangunkan Modul Tenaga Boleh Diperbaharu dan Kecekapan Tenaga Merentasi Kurikulum Sekolah Rendah di seluruh Malaysia bagi menimbulkan kesedaran murid sekolah di peringkat awal dalam Tenaga Boleh Diperbaharu dan Kecekapan Tenaga.
- Melaksanakan program Energy Month peringkat Kebangsaan secara tahunan bagi meningkatkan kesedaran mengenai Tenaga Boleh Diperbaharu. Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan semasa program Energy Month adalah mengadakan ceramah-ceramah berkaitan Kecekapan Tenaga, menerbitkan buku panduan Kecekapan Tenaga Di Rumah, menerbitkan siri artikel di surat khabar dan menggunakan media massa untuk menggalakkan amalan Kecekapan Tenaga.
- Mempromosikan amalan Kecekapan Tenaga di kalangan orang awam dan sektor swasta. Melaksanakan kempen Teknologi Hijau yang akan melibatkan stake-holders yang berkaitan termasuk orang awam dan Kementerian/ Jabatan Kerajaan, badan bukan Kerajaan dan lain-lain agensi yang berkaitan bagi mendidik dan meningkatkan kesedaran dan pengetahuan semua pihak mengenai kepentingan Teknologi Hijau dalam kehidupan kita.
Apakah maksud Teknologi Hijau?
Teknologi hijau adalah aplikasi sains alam sekitar untuk memulihara sumber dan alam semulajadi bagi menangani impak negatif aktiviti manusia. Teknologi Hijau adalah teknologi rendah karbon dan lebih mesra alam berbanding dengan teknologi sedia ada. Apabila kita menggunakan teknologi hijau, kita menggunakan sumber-sumber seperti tenaga, air dan sebagainya secara minimum untuk menghasilkan sesuatu produk. Oleh yang demikian, apa-apa teknologi yang menyumbang kepada pengurangan pelepasan Gas Rumah Hijau atau digunakan untuk membangunkan produk dan perkhidmatan yang menghasilkan pelepasan Gas Rumah Hijau yang tinggi perlu dikurangkan melalui kesedaran pada peringkat permulaannya dan selanjutnya melalui penguatkuasaan. Aplikasi Teknologi Hijau juga adalah selaras dengan konsep pembangunan mapan (sustainable development) di mana pembangunan yang dilaksanakan perlu memenuhi keperluan semasa tanpa menjejaskan keperluan generasi masa depan. Sehubungan itu, kita bertanggungjawab untuk memastikan generasi akan datang dapat sekurang-kurangnya menikmati kualiti kehidupan yang kita perolehi sekarang atau kualiti yang lebih baik dari sekarang.
Y. Bhg. Dato’ Dr Halim Bin Man
Ketua Setiausaha Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air
Saturday, October 22, 2011
Green Technology..what it is?
The field of "green technology" encompasses a continuously evolving group of methods and materials, from techniques for generating energy to non-toxic cleaning products.
The present expectation is that this field will bring innovation and changes in daily life of similar magnitude to the "information technology" explosion over the last two decades. In these early stages, it is impossible to predict what "green technology" may eventually encompass.
The goals that inform developments in this rapidly growing field include:
- Sustainability - meeting the needs of society in ways that can continue indefinitely into the future without damaging or depleting natural resources. In short, meeting present needs without compromising the ability of future generations to meet their own needs.
- "Cradle to cradle" design - ending the "cradle to grave" cycle of manufactured products, by creating products that can be fully reclaimed or re-used.
- Source reduction - reducing waste and pollution by changing patterns of production and consumption.
- Innovation - developing alternatives to technologies - whether fossil fuel or chemical intensive agriculture - that have been demonstrated to damage health and the environment.
- Viability - creating a center of economic activity around technologies and products that benefit the environment, speeding their implementation and creating new careers that truly protect the planet.
Examples of green technology subject areas
- Energy Perhaps - the most urgent issue for green technology, this includes the development of alternative fuels, new means of generating energy and energy efficiency.
- Green building - Green building encompasses everything from the choice of building materials to where a building is located.
- Environmentally - preferred purchasing. This government innovation involves the search for products whose contents and methods of production have the smallest possible impact on the environment, and mandates that these be the preferred products for government purchasing.
- Green chemistry - The invention, design and application of chemical products and processes to reduce or to eliminate the use and generation of hazardous substances.
- Green nanotechnology - Nanotechnology involves the manipulation of materials at the scale of the nanometer, one billionth of a meter. Some scientists believe that mastery of this subject is forthcoming that will transform the way that everything in the world is manufactured. "Green nanotechnology" is the application of green chemistry and green engineering principles to this field.
Saturday, October 8, 2011
SOALAN PERCUBAAN NEGERI 2011 : Laras Sains
Teknologi berkonsepkan halal-bio boleh menjamin tahap kesihatan manusia. Ulaskan.
NEGERI SEMBILAN
Penyakit mental semakin hari semakin meningkat di negara kita. Pelbagai usaha perlu diambil agar penyakit ini dapat dibendung dengan segera. Bincangkan penyataan di atas.
Teknologi Hijau ialah pengaplikasian penggunaan sains alam sekitar untuk memelihara sumber dan alam sekitar semula jadi serta mengawal kesan negatif aktiviti manusia. Bincangkan kepentingan teknologi hijau kepada manusia.
MELAKA
Teknologi robotik membawa banyak kesan positif kepada pembangunan negara. Namun demikian penggunaannya perlu dikawal untuk menghindari kesan negatif. Bincangkan.
PAHANG
Tenaga nuklear merupakan sumber yang banyak membantu kehidupan manusia. Namun,sumber ini juga membawa pelbagai kesan sampingan.Bincangkan.
Masalah pemanasan global dan kepupusan sumber tenaga asli telah mendorongpara saintis seluruh dunia mempergiatkan usaha menyelidik dan menghasilkanteknologi hijau. Dalam konteks ini, karajaan Malaysia turut melancarkan DasarTeknologi Hijau Nasional. Pada pendapat anda, apakah nilai tambah teknologi ini terhadap kelestarian hidup alam sekitar dan manusia?
Hipertensi, diabetis dan lemah jantung antara penyakit paling umum dihidapi ramai. Kebimbangan terhadap pembunuh senyap ini dipengaruhi oleh beberapa faktor. Justeru, penyakit yang menyebabkan kesengsaraan hidup dan meragut nyawa itu harus dicegah. Bincangkan.
Bidang bioteknologi telah berkembang pesat dan memberi banyak sumbangan dalam kehidupan manusia terutamanya di negara-negara maju. Huraikan penyataan di atas.
Kementerian Pelajaran telah mengenal pasti masalah pemakanan dalam golongan kanak-kanak merupakan punca kanak-kanak mengalami masalah obesiti. Selain faktor di atas, bincangkan faktor-faktor lain yang menyebabkan berlaku masalahberkenaan.
SOALAN PERCUBAAN NEGERI 2011 : Laras Sastera
JOHOR
Konsep Bandar Selamat diwujudkan di kawasan petempatan bagi menjamin kesejahteraan komuniti setempat. Bincangkan.
Transformasi dalam bidang sukan boleh dilaksanakan menerusi Dasar' 1 Murid 1 Sukan. Namun begitu, pelbagai cabaran terus melanda industri ini. Bincangkan.
NEGERI SEMBILAN
Pengenalan kepada "Kempen Belilah Barangan Buatan Malaysia" adalah usaha kerajaan untuk menggalakkan rakyat membeli barangan keluaran tempatan. Namun begitu,usaha ini banyak menghadapi cabaran dalam pelaksanaannya,Jelaskan pernyataan ini.
Bencana alam membawa kesan yang berpanjangan kepada mangsa. Menjadi tanggungjawab negara-negara lain untuk menghulurkan bantuan kepada mangsa bencana alam tersebut. Bincangkan kesan bencana ini kepada mangsa serta jenis bantuan yang diperlukan.
KEDAH
Pulau Pinang semakin popular selepas Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO) mengiktiraf Georgetown sebagai Tapak Warisan Dunia pada 7 Julai 2008. Jelaskan kepentingan pengiktirafan ini dan langkah-langkah untuk mempopularkan Tapak Warisan Dunia yang terdapat di Malaysia.
Kegiatan merempit hangat diperkatakan melalui media massa sama ada media cetak ataupun media elektronik. Walaupun kadang kala kegiatan ini berakhir dengan tragedi, namun masih ramai lagi yang tidak serik-serik untuk melakukan aktiviti tersebut. Bincangkan faktor-faktor yang menyebabkan gejala ini berleluasa dan langkah-langkah menanganinya.
MELAKA
Selain pembentukan rukun negara sebagai satu cara untuk menyatupadukan masyarakat majmuk di negara ini, perpaduan kaum di negara ini boleh dicapai oleh pelbagai kaedah lain. Huraikan penyataan ini.
Mutakhir ini bencana alam merupakan fenomena yang sering melanda di beberapa buah negara. Bincangkan jenis bantuan kemanusiaan yang wajar diberi untuk meringankan kesengsaraan mangsa bencana alam.
PAHANG
Dasar Teknologi Hijau merupakan satu transformasi ke arah pembangunan lestari yang memerlukan komitmen semua pihak. Bincangkan potensi dan cabaran yang perlu dihadapi dalam merealisasikan Dasar Teknologi Hijau.
Isu pekerja asing bukanlah perkara baru di negara kita. Kemasukan mereka disebabkan oleh faktor tarikan ke negara ini dan situasi yang berlaku di negara asal mereka. Bincangkan penyataan di atas.
PULAU PINANG ( SMK JIT SIN )
Pada era ledakan maklumat ini, laman web sosial sudah menjadi satu keperluanpenting dalam kehidupan manusia tidak kira usia dan latar belakang pendidikanmahupun pekerjaan. Namun begitu, ketagihan dan penyalahgunaan laman web sosialturut menceralukan kehidupan manusia. Bincangkan.
Salah satu jenayah serius antarabangsa ialah jenayah pemerdagangan manusia.Golongan manusia yang miskin dan lemah dieksploitasi oleh golongan tamak dansindiket jenayah. Bincangkan implikasi yang didatangkan oleh jenayah ini serta cadangkan langkah-langkah mengatasinya.
SABAH
Antara tujuan kerajaan menjadikan Malaysia sebagai sebuah pusat atau hub produk halal ialah membantu memacu pertumbuhan ekonomi negara. Jelaskan pernyataan tersebut.
Kewujudan laman sosial seperti “facebook”, “twitter” dan blog sebagai medium komunikasi telah membolehkan masyarakat menghantar dan menerima maklumat dengan cepat. Namun, kemudahan ini telah disalahgunakan oleh pelbagai pihak. Bincangkan.
SELANGOR
Dalam proses pembangunan negara, kita banyak mengorbankan warisan tradisi dan nilai kemanusiaan. Jelaskan.
Salah satu kesan aktiviti pemerdagangan manusia adalah mencemarkan imej negara di mata dunia. Pelbagai usaha perlu dijalankan untuk mengurangkan masalah tersebut. Bincangkan.
TERENGGANU
Walaupun wujud pelbagai cabaran, namun usaha terus dilakukan oleh kerajaan untuk memajukan sektor pelancongan negara Jelaskan penyataan ini
"Kumpulan masyarakat yang dikenali sebagai Orang Kelainan Upaya (OKU) merupakan sebahagian daripada kehidupan masyarakat normal. Bincangkan implikasi peningkatan kumpulan OKU ini.